Ads 468x60px

Pages

Sunday 12 June 2011

Siaran Langsung Sukan Tidak Lagi Dimonopoli Satu Badan Penyiaran

 

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan melaksanakan dasar baru bagi memastikan program televisyen yang digemari rakyat, terutama sukan popular tidak lagi dimonopoli oleh satu badan penyiar atau badan media sahaja. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada pihak berkenaan termasuk Astro. 

"Kita mahu Astro, misalnya supaya mewujudkan jaringan kerjasama yang produktif dan adil dengan Media Prima dan apatah lagi dengan RTM. "Mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro tidak dapat (mengikuti siaran TV sukan) sedangkan RTM adalah badan penyiar kerajaan dan dalam hal ini, saya memohon maaf bagi pihak kementerian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran serentak 

Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Sabah dan Pos Bergerak serta penghargaan kepada petugas-petugas pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi (Sandakan) di Sabah semalam. Rais berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan rakyat, khususnya mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro, yang tidak dapat menonton siaran Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang diadakan di Kuala Lumpur tahun ini. "Kita mahu laksanakan dasar baru ini dan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kita akan ubah kedudukan tersebut. 

Dengan lain perkataan tiada lagi monopoli. Sesuatu projek atau program sukan, misalnya bola sepak, kita cuba agihkan saluran dengan cara muafakat demi kebaikan semua pihak," katanya. Beliau berkata, mengikut undang-undang sedia ada, lesen penyiaran boleh ditambah baik atau ditokoh tambah sekiranya kerajaan memikirkan sedemikian.

sumber / diedit : kosmo

1 comment: