Ads 468x60px

Pages

Friday 1 July 2011

Justin Timberlake Beli Laman Sosial Myspace


 
Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja. “Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.

“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya. MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.

Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion). Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.

Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi

Tuesday 14 June 2011

Tindakan SKMM Sekat 10 Laman Web Undang Padah | Hackers Ugut Godam Laman Web Malaysia Goverment

Laman Web Malaysia Goverment Akan Dihack |  Kesan Tindakan SKMM Sekat 10 Laman Web

SKMM akan sekat 10 laman web file-sharing iaitu perkongsian fail percuma untuk membendung gejala muat turun secara haram. Namun tindakan SKMM itu, ternyata tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuk laman web yang disekat tersebut seperti Pirate Bay, yang membidas tindakan SKMM yang dikatakan menyekat kebebasan internet.

Hasil dari tindakan SKMM itu, sebuah organisasi hackers iaitu pengodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka ' ANONYMOUS ' telah pun memberi amaran dan menyatakan mereka akan menggodam laman web kerajaan malaysia pada 15 Jun 2011 jam 7.30 malam, dengan satu operasi yang dinamakan ' OPERATION MALAYSIA '

Video dari ' ANONNYMOUS ' HACKERS

Ini adalah mesej dari video tersebut...

MESEJ DARI VIDEO TERSEBUT

" Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear.
Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor. "
sumber  :youtube

-sumber the star online hari ini menyatakan : 

PETALING JAYA: A hacker group has threatened to attack the www.malaysia.gov.my website.

The group, which calls itself Anonymous, said it will launch the attack at 7.30pm GMT on Wednesday (3.30am Thursday Malaysian time) and has named it “Operation Malaysia.”

It posted the threat in a graphic on this website, http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, chief research officer at the F-Secure Corporation - a computer security software company based in Helsinki, Finland - tweeted about the threat at 4.42am Malaysian time. No other details were available at this time. It is also not known why Anonymous has targeted the Malaysian webs.

-Anonymous ini juga dikata bertanggungjawab ketika laman web playstation digodam beberapa ketika dahulu. Dan kumpulan ini menyatakan ianya amat mudah bagi mereka dan merupakan kumpulan hackers profesional.


SUMBER : DISINI

Sunday 12 June 2011

Siaran Langsung Sukan Tidak Lagi Dimonopoli Satu Badan Penyiaran

 

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan melaksanakan dasar baru bagi memastikan program televisyen yang digemari rakyat, terutama sukan popular tidak lagi dimonopoli oleh satu badan penyiar atau badan media sahaja. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada pihak berkenaan termasuk Astro. 

"Kita mahu Astro, misalnya supaya mewujudkan jaringan kerjasama yang produktif dan adil dengan Media Prima dan apatah lagi dengan RTM. "Mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro tidak dapat (mengikuti siaran TV sukan) sedangkan RTM adalah badan penyiar kerajaan dan dalam hal ini, saya memohon maaf bagi pihak kementerian," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran serentak 

Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Sabah dan Pos Bergerak serta penghargaan kepada petugas-petugas pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi (Sandakan) di Sabah semalam. Rais berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan rakyat, khususnya mereka yang tidak mempunyai kemudahan Astro, yang tidak dapat menonton siaran Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang diadakan di Kuala Lumpur tahun ini. "Kita mahu laksanakan dasar baru ini dan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kita akan ubah kedudukan tersebut. 

Dengan lain perkataan tiada lagi monopoli. Sesuatu projek atau program sukan, misalnya bola sepak, kita cuba agihkan saluran dengan cara muafakat demi kebaikan semua pihak," katanya. Beliau berkata, mengikut undang-undang sedia ada, lesen penyiaran boleh ditambah baik atau ditokoh tambah sekiranya kerajaan memikirkan sedemikian.

sumber / diedit : kosmo

Luka Modric Buruan Utama Gergasi EPL

Luka Modric Buruan Utama Gergasi EPL | Manchester City, United dan Chelsea Berminat Dapatkan Bintang Crotia Luka Modric


Manchester City bakal mencetuskan perebutan tiga penjuru ke atas Luka Modric apabila menyatakan minat mereka untuk medapatkan khidmat perancang Tottenham Hotspurs itu. Roberto Mancini menganggap pemain kreatif dan berbakat dari Croatia itu mampu mengetuai cabaran City dalam saingan Liga Perdana England serta Liga Juara-Juara 2012 musim depan, malah bersedia mengemukakan tawaran sekitar £30 juta (RM147 juta)

Begitupun, pengurus dari Itali itu tidak akan berdepan laluan mudah untuk mendapatkan Modric kerana Chelsea dan Manchester United juga sedang dalam usaha memancing pemain berusia 25 tahun itu. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich juga meminati Modric dan sudah pasti akan menyaingi bidaan City yang bakal menguntungkan Spurs.

Pengurus United, Alex Ferguson pula bimbang dia tidak mampu mengalahkan bidaan City yang sedia menawarkan gaji tiga kali ganda daripada pendapatan £55,000 (RM269,422) seminggu yang diperoleh pemain itu di White Hart Lane. Harry Redknapp pula menganggap Modric seorang pemain yang sukar dicari ganti dan pengerusi Spurs, Daniel Levy menegaskan tidak akan menjual pemain bintangnya itu pada musim perpindahan ini.

Modric berkata: “Sekiranya ada sebarang tawaran yang bagus untuk Tottenham dan juga diri saya, maka perpindahan mungkin akan berlaku. ”Sementara itu, Chelsea dan City turut bersaing dalam perebutan ke atas perancang Argentina, Javier Pastore, 21, dari kelab Palermo. Presiden Palermo, Maurizio Zamparini berkata, dia sudah berputus asa untuk memujuk bintang berharga £40 juta (RM196 juta) itu agar terus kekal di Palermo.

sumber : kosmo